Friday, February 12, 2010

Gunung Senyum... Bersambung...

Assalamualaikum...
Kepada pembaca sekalian... maafkan aku kerana telah menangguhkan penulisan saya hampir setahun... masalahnya setiap kali aku mula menceritakan kisah-kisah ini... seolah-olah ada benda yang memerhatikan aku... lagi-lagi tiap kali ku menulis kawan-kawan serumah aku tiba-tiba rasa mengantuk dan ingin tidur ataupun keluar lepak dibawah di kerusi batu... (sungguh aneh sekali) ...kebetulan? Munkin tidak... setelah lama aku hentikan perjuangan untuk menceritakan kepada semua baru aku sedar... itulah kehendak 'mereka' agar kisah ini akan terus terkubur... Oleh itu, dengan semangat yang kental aku memberanikan diri (dengan semua lampu rumah dipasang) ku sambung kisah gunung senyum ini...
Aku ingin menambahkan beberapa fakta ke dalam kisah ini yang aku dengar daripada senior-senior aku yang terlibat secara langsung:
Semasa lawatan mereka itu, ada seorang renjer hutan yang membawa mereka melawat di kawasan itu. terdapat 9 (ataupun 7) gua yang renjer itu bawa untuk mereka melawat. Dari satu gua ke satu gua perasaan setiap ahli rombongan itu semakin seram... akhirnya di gua yang terakhir... terdapat sebuah bentuk batu yang kelihatannya seolah-olah seperti sebuah kubur... renjer itu berpesan agar jangan sentuh batu aneh itu... mereka berjalan terus ke dalam lagi dan selepas 15-20 minit mereka keluar semula... di situ salah satu pelajar perempuan itu berkelakuan pelik...
Dan pada asalnya kehadiran renjer itu juga menjadi tanda tanya kepada semua ahli rombongan itu tetapi setiap daripada mereka tidak terlintas untuk bertanya kawan-kawan masing tentang perkara ini sehingga terlewat...
Apabila entiti itu menuntut pemulangan hak mereka ada seorang budak mengambil foto perempuan yang kena histeria ini... Perempuan itu meracau dan mula mengamuk... budak yang lain marah dia dan salah seorang mengambil kameranya untuk membuang gambar yang diambilnya... Dari situ mereka sedari apa yang dimaksudkan entiti tersebut tentang hak mereka...
Apabila gambar yang baru diambil itu di 'delete' orang yang memadamkan gambar itu terperasan ada lagi satu gambar yang diambil mempunyai imej-imej entiti yang lain... budak itu terus memeriksa gambar-gambar lain... dan disitu terlihat semua gambar yang diambil terdapat macam-macam imej yang mengerikan... (ada yang bertanduk, ada yang bersayap, ada yang tiada rupa manusia langsung)
Dengan segera budak itu suruh semua yang mempunyai kamera (tak kira kamera filem, kamera SLR, kamera DSLR ataupun kamera fon) bila diperiksa kesemua gambar ada merakamkan imej-imej entiti yang berbagai bentuk dan rupa... (LAGI-LAGI GAMBAR MEREKA DI SEBUAH SUNGAI YANG DIKISAHKAN AIRNYA "SEJUK SEMACAM". Setelah mereka merendam kaki, membasuh muka dan tangan, tidak ketinggalan berkumur dan meminum air sungai itu... semua sudah ketakutan apabila melihat gambar sungai itu ada tulang-tulang dan tengkorak manusia memenuhi dasar sungai itu.)
Perempuan yang dirasuk itu berkata untuk membuangnya semua. Mereka tiada pilihan lain cuma untuk mengikuti arahan entiti yang berada didalam perempuan itu... Setelah selesai mereka semua ingat mereka boleh pulang dan perempuan itu akan pulih seperti dahulu... tetapi keadaan tetap sama... Apa lagi yang mereka belum pulangkan tanya wakil mereka... Entiti itu menyatakan ada satu lagi yg tertinggal... mereka semua memikirkannya... tiba-tiba ada seorang mengatakan "Takkan dalam HANDYCAM pun ada tertangkap diorang?"
Masing-masing memandang kawan sekeliling... mana handycam tu? siapa punya handycam tu? Tiba-tiba ada seorang berkata dia tahu handycam tu di mana dan terus menaiki bas untuk mengambilnya... kisah daripada orang yang pergi mengambil handycam tu juga agak seram apabila dia menaiki bas itu di bertemu dengan seekor makhluk yang bertanduk DAN bersayap yang ketinggiannya sampai mencecah bumbung bas... dari sudut mana orang yang ingin ambil handycam itu dia nampak handycam itu terletak di tempat letak beg di atas... secara kebetulannya disitu juga makhluk itu sedang tunggu berdiri...
Dengan tiada pilihan lain orang itu memejamkan matanya dan terus melulu kehadapan dan mencapai handycam itu dan terus berlari keluar dari bas itu secepat mungkin. dia memasangnya dan menekan butang 'playback' dan terpegun dengan apa yang dilihatnya... dalam setiap rakaman yang telah dibuat mengadungi imej-imej pelbagai makhluk di latar belakang. Betapa sayangnya mereka dengan penemuan ini... tetapi untuk pulang dengan selamat mereka terpaksa memadamkan semuanya... setelah selesai itu... perempuan itu pun sudah pulih dan tidak sedarkan dirinya.
Bas terus bertolak dari situ secepat mungkin dan segera menuju pulang... tetapi pemandu bas itu berasa sesuatu yang pelik... bas dia terasa berat tidak sama beratnya semasa datang ke Gunung Senyum. Malam mereka semua tiba di Puncak Perdana... (itu adalah kisah lain antara kisah-kisah yang terkubur...

Monday, February 2, 2009

Gunung Senyum... Satu lawatan yang tidak boleh dilupakan...

Ini terjadi kepada satu batch senior pelajar Puncak Perdana (rasenye diorang dah semua selamat menamatkan pengajian mereka). Ini berlaku apabila satu aktiviti perkhemahan yang dianjurkan dibawah subjek ko-kurikulum (Kesatria) kira-kira 3 tahun lepas (1 sem sebelum saya masuk sini) dan ini telah diceritakan kepada saya oleh seorang yang memang terlibat dengan lawatan tersebut...



Sudah lama saya tidak ceritakan perkara ini kepada sesiapa. Jika ada kesilapan fakta kepada pembaca yang juga ketahui akan kejadian tersebut saya minta maaf terlebih dahulu...

Perjalanan ke Gunung Senyum tidak menhadapi apa-apa masalah. Begitu juga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan selama 3 hari. Pada hari yang mereka hendak pulang ke Puncak... disitulah bermulanya situasi diluar jangkaan...

Seorang pelajar perempuan berkelakuan aneh sejak malam semalam tiba-tiba terkena histeria dan meracau-racau apabila rombongan tersebut ingin menaiki bas yang akan membawa pulang ke Puncak.

Secara kebetulan salah seorang daripada rombongan tersebut mempunyai pengalaman dalam situasi sebegini dan memulakan langkah untuk ingin 'berkomunikasi' dengan sesiapa yang berada didalam pelajar perempuan itu setelah cubaan untuk menghalau 'benda' itu keluar daripada pelajar itu gagal.

Apabila bertanya dengan entiti tersebut, diulanginya ayat yang sama: "Kamu semua tidak boleh balik selagi apa yang milik kami semua disini tidak dikembalikan..." Pada mulanya ketua rombongan kumpulan itu fikir bahawa ada diantara mereka telah terbawa atau membawa pulang sesuatu dari tempat itu. Biasalah setiap orang inginkan cenderahati daripada tempat mereka melawat seperti batu atau kayu atau flora atau fauna disana lagi-lagi di tempat yang jarang dikunjungi.

Tetapi apabila ditanya setiap seorang daripada ahli-ahli rombongan ke Gunung Senyum itu tiada sesiapa yang ada mengambil atau terambil apa-apa benda di sana. Lalu pelajar yang sedang berkomunikasi dengan makhluk tadi pun memberitahu yang tiada sesiapa pun yang mengambil apa-apa dari tempat itu... Tetapi entiti didalam perempuan itu tetap berdegil dan masih mengatakan bahawa mereka ada memiliki harta mereka dan ia bukan disimpan oleh seorang daripada ahli rombongan tetapi telah diambil oleh SEMUA orang didalam rombongan itu.

Dengan kata-kata daripada makhluk itu semua disana terdiam dan terpaku tidak tahu apa makhluk itu maksudkan sebenarnya. Mereka fikir dan berfikir namun tiada apa yang mereka boleh fikirkan untuk mendapatkan jawapannya. Pada masa yang sama pemandu bas sudah kehilangan sabar dan mencadangkan untuk menyelasaikan masalah tersebut di Puncak Perdana. Tetapi apabila mereka ingin mengangkat perempuan itu naik bas dia mula jadi berat dan badannya menggeletar tak henti-henti dan ayat yang tadi diulangi tidak henti-henti.

Tiba-tiba ada seorang pelajar mengatakan kalau diambil gambar perempuan yang kena histeria ini boleh dijadikan kenangan aneh di Gunung Senyum...

Sunday, January 18, 2009

"Pelajar Tetap" Puncak Perdana

Tersedianya dalam setiap sanubari mahasiswa-mahasiswa Puncak bahawa setiap kemasukan untuk setiap semester akan menamatkan pengajian mereka dalam tempoh 2.5 - 3 tahun atau pun lebih sedikit...
Tetapi terdapatnya beberapa "Pelajar Tetap" yang akan sentiasa menghuni Kolej Puncak Perdana ini yang indah permai. Pelajar yang disebut disini adalah sebenarnya individu-individu yang hanya segelintir yang istimewa penglihatannya pernah berhadapan dengan mereka dan majoritinya di Puncak hanya mendengar kisah-kisah tentang mereka...
Telah lama ku dengar tentang mereka dan ada yang pernah ku jumpa secara peribadi. Kini tiba masanya untuk ku bukukan mereka semua beserta kisah-kisah yang telah mereka cipta hingga mereka ini kian popular dikalangan mahasiswa-mahasiswa Puncak Perdana...

Pernahkah warga Puncak nampak seorang budak lelaki yang disekitar 4-6 tahun usianya yang berkeliaran tanpa seutas benang...rambutnya hitam pendek menutup ruang dahinya...kulitnya bagaikan telah lama tidak menyambut kedatangan sang mentari... matanya yang besar dan bulat yang kadang-kadang bersinar merah darah... permainan kesukaannya adalah bermain sorok-sorok dimana akan kelihatannya mengira perlahan-lahan di satu sudut ruang kediaman yang suram dari kiraan 1 hingga 10 (namun malangnya sehingga ke hari ini tiada sesiapa yang sanggup menunggu kiraannya hingga ke sepuluh) posisi yang amat digemari oleh budak ini adalah dalam keadaan mencangkung dengan tangannya memeluk kedua pahanya rapat ke dada... kisah tentang budak ini agak popular... dan akan diceritakan dalam post-post yang akan datang...

Seterusnya seorang permaisuri yang kecantikkannya tiada tandingan... mungkinkah ia seorang permaisuri? Kuning dan hijau pilihan pakaiannya. Mengaburi penglihatan permainannya. Namun kenakalannya telah mendapat perhatian pihak kolej dan tempat kediamannya telah di 'simen' atau dengan lebih tepat dipagar oleh seorang uztaz yang berpendapat boleh mengurung puteri bunian ini daripada membuat kecoh di Puncak tercinta ini... Ia suatu tindakan yang betul tetapi tidak berkesan kerana puteri ini masih mampu mempermainkan penghuni-penghuni Puncak yang berlegar terlalu dekat dengan kurungannya seperti mengaburi penglihatan, mengelirukan pemandangan dan menyesatkan keadaan dan membawa mereka yang terkena itu ke kediamannya. Ini boleh disimpulkan bahawa Puteri ini sedang mencari jalan keluar daripada penjaranya... bayangkan apa akan terjadi jikalau beliau berjaya berbuat demikian?

Selain itu terdapat juga seekor makhluk yang miripnya seperti seekor beruk... tetapi beruk ini pandai berkata-kata sama ada di dunia betul (jika kamu bernasib baik untuk menemuinya) atau di dunia mimpi... mungkin disebabkan oleh wajahnya seseorang itu sukar untuk menerimanya ditambahkan lagi dengan tidak semua boleh melihatnya... Setakat ini motif makhluk ini berada disini adalah tidak diketahui. Ia tidak kacau orang. Ia cuma pandai berkata-kata dan selalunya memberi nasihat yang agak sinis tetapi bermakna. Dia suka memerhati orang dari sudut yang selalunya terlepas pandangan manusia biasa... dimanakah tempat itu?

'Kakak Dining Atas', apakah yang ingin dihidangnya untuk penghuni Puncak ini? Sedangkan tiada sesiapa ingin mengunjungi dewan makan itu pada waktu yang agak lewat seperti 11 malam dan ke atas... lagi-lagi dibahagian atas dewan makan itu. Tersipu sana tersipu sini. Dengan pakaian serba putih dengan rambutnya yang menggerbang indah... Tempatnya yang dia suka adalah di bahagian dapur belakang di tingkat atas dewan makan berhampiran dengan lif untuk menghantar makanan...

Di bangunan 'I.S' terdapat juga seorang pelajar perempuan yang rajin yang amat sangat. Tetapi kelihatan seperti pelajar tersebut 'sesat' tercari-cari kelas dia, dari tingkat bawah sampai ke tingkat atas. Ke hulu ke hilir dia tercari entah apa yang di carinya atau kehilangan sesuatu... Tetapi yang pelik sekali kelas apa yang ada pada pukul 12 tengah malam??? Setelah lama mencari kelas gadis tersebut akan sentiasa mengakhiri pencariannya di bilik Wayang Kulit.

Pernah juga kelihatan seorang makhluk yang imejnya mirip salah satu dewa hindu kulit kebiruan seolah-olah telah lama mati lemas dengan taring bagaikan gading gajah dan lidah yang menjelir sampai ke perutnya yang buncit sangat... Kewujudannya di Puncak ini adalah kebiasaannya 'menindih' penghuni-penghuni Puncak. Selalunya kejadian 'tindih' ini mangsanya tidak akan kelihatan pemangsanya. Tetapi adakalanya mangsa tersebut itu amat ber'tuah' sekali dapat melihat siapa yang 'menindih' mereka.

Berjaga-jaga apabila kamu ingin mandi di lewat malam di blok 4 laman 'D' sebab salah satu rumah disana terdapat seorang yang suka memberi kejutan yang dahsyat apabila penghuni rumah tersebut ingin memasuki bilik mandi pada lewat tengah malam... makhluk tersebut adalah seekor Pochong yang akan tiba-tiba muncul di dalam bilik air itu apabila penghuni rumah itu ingin memasukinya... Sesungguhnya akan terbatal segala hajat kepada sesiapa yang terserempak dengan makhluk itu...

Bersedia apabila ingin pergi membasuh baju di bilik dobi Puncak Perdana. Adakalanya terdapat litar pintas apabila mereka yang pergi membasuh baju dan akan meninggalkan bilik tersebut. Bukannya bahaya, cuma litar pintas itu selalu mengganggu lampu-lampu didalam bilik itu. Lagi-lagi diantara lampu diruang membasuh dengan lampu di bilik air tengah. Sebab ada pernah terjadinya seorang pelajar yang pergi membasuh bajunya terkejut bila ingin meninggalkan bilik itu dia menutup suis lampu ruang membasuh. Lampu itu memang tertutup tetapi lampu bilik air pula tiba-tiba menyala... Anggap saja semua itu masalah dengan 'wiring' bilik dobi. Lagi pun siapa suruh jadi pemalas nak basuh baju sendiri dengan menggunakan kudrat sendiri?

Di salah sebuah balkoni blok 5 yang menghadap blok 4 boleh kelihatan seorang jejaka sedang duduk bersendirian dari pukul 1.30 am. Kadang-kadang di duduk diatas meja yang berhampiran dengan balkoni tersebut. Kadang-kadang dia berdiri di tepi balkoni ataupun duduk disana. Juga kadang-kadang kelihatang seperti dia mengambil kerusi keluar ke balkoni dan duduk disana diam-diam. Siapakah beliau? Sedangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan pelajar itu asyik duduk berseorangan di dalam kegelapan rumah yang tidak berpenghuni...

Disini juga terdapat beberapa 'individu' yang istimewa. Seorang itu selalu berteman. Di ikuti oleh 3 orang kawan-kawannya. Seorang datuk bersarban, berselendang dan berjubah putih yang sentiasa berjalan dengan sebatang tongkat yang panjangnya sama paras dengan tingginya. Seorang lagi adalah seorang makcik yang berpakaian hitam ditemani oleh selendang kuningnya yang setia terlilit di kedua belah lengannya. Kawannya yang terakhir adalah seorang pahlawan yang tingginya hampir mencecah siling rumah. Dia berpakaian besi seolah-olah ingin berperang ditangan kanannya adalah sebilah pedang yang besarnya sesuai dengan tuannya. Jaga takut dan jangan ragu-ragu mereka bertiga hanya menjaga kawan mereka yang sedang menuntut ilmu di Puncak ini...

Seorang gadis kecil dan molek yang kelihatan lemah. Tetapi kecil-kecil cili api. Gadis ini tidak boleh dipandang ringan sahaja. Ini adalah kerana 'sahabat' gadis ini tingginya macam gunung. Setinggi sebuah blok di Puncak! Berpakaian seperti orang arab. Tugasnya juga adalah untuk menjaga kebajikan gadis yang comel ini.

Juga terdapat ramai lagi watak-watak di dalam Kampus Puncak Perdana ini. Ada yang digelar Naruto dan ada juga dipanggil Aminah... Tapi itu suatu cerita yang panjang yang akan didendangkan buat lain waktu... cuma setakat ini sahaja yang perlu para pembaca ketahui akan keunikan Puncak Perdana...

Pastikan untuk setia menantikan cerita-cerita yang bakal mengurangkan waktu tidur kamu di malam hari... tentunya akan meninggalkan kesan yang halus...

Sekapur Sirih... Sepasang Nisan Condong...

Assalamualaikum... dan selamat sejahtera...
Hampir 3 tahun beradanya saya disini di sebuah kampus yang terpencil diatas sebab 'nama' yang tercipta selama 50 tahun tidak ingin dicalar...
Kampus yang diberi namanya adalah Puncak Perdana amat megah sekali jika didengar buat julung kalli... namun ia adalah hanya pada nama...
Terletaknya ia dipinggiran Shah Alam dan bukan diatas sesuatu puncak gunung yang perdana keadaannya... tetapi didalam sesuatu 'gaung' yang dikelilingi bukit bukau yang sadis...
Tapi ku disini bukan untuk meluahkan keadaan sekitar Puncak ini...
Tapi ku disini adalah untuk mendedahkan kisah-kisah Puncak yang telah lama terbuku didalam hati yang lara ini... ada yang dialami sendiri ada yang dialami oleh rakan seperjuangan saya... Di pendekkan cerita aku ingin mengisahkan perkara-perkara yang akan membuatkan kamu susah untuk tidur... kalau nak ke bilik air terpaksa ditemankan... akan menyebabkan kamu menghafal Ayat Kursi dan Yassin... rasanya kamu semua sudah faham apa yang ingin ku ceritakan disini... moga harap dapat menghiburkan hati pembaca walaupun hiburan jenis ini selalu disalahertikan sebagai suatu helah untuk menakutkan para pembaca tetapi hanya untuk memberitahu kepada mereka yang tidak tahu... selamat membaca...