Monday, February 2, 2009

Gunung Senyum... Satu lawatan yang tidak boleh dilupakan...

Ini terjadi kepada satu batch senior pelajar Puncak Perdana (rasenye diorang dah semua selamat menamatkan pengajian mereka). Ini berlaku apabila satu aktiviti perkhemahan yang dianjurkan dibawah subjek ko-kurikulum (Kesatria) kira-kira 3 tahun lepas (1 sem sebelum saya masuk sini) dan ini telah diceritakan kepada saya oleh seorang yang memang terlibat dengan lawatan tersebut...



Sudah lama saya tidak ceritakan perkara ini kepada sesiapa. Jika ada kesilapan fakta kepada pembaca yang juga ketahui akan kejadian tersebut saya minta maaf terlebih dahulu...

Perjalanan ke Gunung Senyum tidak menhadapi apa-apa masalah. Begitu juga aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan selama 3 hari. Pada hari yang mereka hendak pulang ke Puncak... disitulah bermulanya situasi diluar jangkaan...

Seorang pelajar perempuan berkelakuan aneh sejak malam semalam tiba-tiba terkena histeria dan meracau-racau apabila rombongan tersebut ingin menaiki bas yang akan membawa pulang ke Puncak.

Secara kebetulan salah seorang daripada rombongan tersebut mempunyai pengalaman dalam situasi sebegini dan memulakan langkah untuk ingin 'berkomunikasi' dengan sesiapa yang berada didalam pelajar perempuan itu setelah cubaan untuk menghalau 'benda' itu keluar daripada pelajar itu gagal.

Apabila bertanya dengan entiti tersebut, diulanginya ayat yang sama: "Kamu semua tidak boleh balik selagi apa yang milik kami semua disini tidak dikembalikan..." Pada mulanya ketua rombongan kumpulan itu fikir bahawa ada diantara mereka telah terbawa atau membawa pulang sesuatu dari tempat itu. Biasalah setiap orang inginkan cenderahati daripada tempat mereka melawat seperti batu atau kayu atau flora atau fauna disana lagi-lagi di tempat yang jarang dikunjungi.

Tetapi apabila ditanya setiap seorang daripada ahli-ahli rombongan ke Gunung Senyum itu tiada sesiapa yang ada mengambil atau terambil apa-apa benda di sana. Lalu pelajar yang sedang berkomunikasi dengan makhluk tadi pun memberitahu yang tiada sesiapa pun yang mengambil apa-apa dari tempat itu... Tetapi entiti didalam perempuan itu tetap berdegil dan masih mengatakan bahawa mereka ada memiliki harta mereka dan ia bukan disimpan oleh seorang daripada ahli rombongan tetapi telah diambil oleh SEMUA orang didalam rombongan itu.

Dengan kata-kata daripada makhluk itu semua disana terdiam dan terpaku tidak tahu apa makhluk itu maksudkan sebenarnya. Mereka fikir dan berfikir namun tiada apa yang mereka boleh fikirkan untuk mendapatkan jawapannya. Pada masa yang sama pemandu bas sudah kehilangan sabar dan mencadangkan untuk menyelasaikan masalah tersebut di Puncak Perdana. Tetapi apabila mereka ingin mengangkat perempuan itu naik bas dia mula jadi berat dan badannya menggeletar tak henti-henti dan ayat yang tadi diulangi tidak henti-henti.

Tiba-tiba ada seorang pelajar mengatakan kalau diambil gambar perempuan yang kena histeria ini boleh dijadikan kenangan aneh di Gunung Senyum...

5 comments:

  1. oohohohoho...
    mmg seram...
    gua denga dari salah sorg member yg pi sne pn..
    da meremang bulu roma gua....
    anyways...
    nice story nice to share...
    bad story,go to hel!!!
    wahahaha

    ReplyDelete
  2. my batch...
    and...
    i was there...
    mmg seram! rasanya mcm itu adlh hari terakhir utk hidup selesa dlm dunia..
    emm...
    kejadian tu mengubah pelbagai norma dlm hidup kami semua waktu tu..
    yg baek, yg buruk...

    ++rindu masa kesusahan++

    ReplyDelete
  3. shah oh shah....meremang bulu roma den

    ReplyDelete
  4. agree with MeGa..rasanya da xdpt nk jmpa family lg pastu..its change all of us a lot.. kita lebih mengambil berat satu sama len tnpa peduli class mna dsb....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    Kejadian tersebut terjadi ketika saya masih belajar di Puncak Perdana (PP) dan pelajar wanita tetiba kena histeria tu memang terjadi dan melarat hingga ke kolej.
    Pengetua masa itu ialah Encik Ibrahim dan saya adalah YDP siswa pada masa itu.Kami (JPK) siswa dan siswi memang pening dgn kejadian histeria yg agak kerap terjadi waktu itu.Namun hendaklah kita yakin bahawa tiada satu apa pun yg dapat mengatasi kekuasaan Allah SWT.

    ReplyDelete